Monday, November 29, 2010

Kunci Kebahagiaan: Mengenal Erti Sebenar Sebuah Kehidupan

"Dalam kehidupan ini, orang yang paling bahagia ialah, orang yang tahu tujuan sebenar sebuah kehidupan"

Apabila seseorang mengetahui, bahawasanya hidup ini suatu perjalanan, pasti dia perlu mengetahui juga, apakah tujuan sebuah perjalanan ini? Jika tidak, dia ibarat seorang musafir yang tersesat di tengah-tengah gurun sahara, yang tidak tahu ke mana ingin dituju.

Hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah, seseorang lahir ke dunia, tidak pernah atas kehendak dan pilihannya sendiri. Dia tidak wujud di dunia ini, atas keinginannya untuk hidup. Suatu hari nanti juga, dia tidak pernah mati atas pilihannya sendiri, tetapi ajal yang menjemputnya pergi.

Jadi, sudah pasti, orang yang berakal, mampu memahami di sebalik hakikat ini, bahawasanya, ada Sang Maha Pencipta, yang sebenarnya mengatur kehidupannya. DIALAH yang menciptakannya, dan seluruh alam ini. Apa yang pasti, DIALAH juga yang menganugerahkan kepadanya sebuah kehidupan, yang penuh dengan nilai yang diletakkan olehNya.

DIALAH ALLAH (هو الله)

DIALAH ALLAH… Dialah Tuhan yang menciptakan segala sesuatu. Dialah yang menciptakan manusia dan kehidupan mereka, demi sebuah nilai yang agung. Dialah Allah s.w.t., di sebalik apa yang kamu perhatikan daripada seluruh alam ini.

Allah s.w.t. berfirman mengenai hal ini:

Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air hujan dari langit, Kemudian Dialah mengeluarkan dengan air hujan itu berbagai buah-buahan menjadi rezki untukmu; dan Dia telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu, berlayar di lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah mengalirkan (pula) bagimu sungai-sungai. [32.] Dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya); dan Dia juga telah menundukkan bagimu malam dan siang. [33.] Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah). [34] (Surah Ibrahim: 32-34)

Ayat ini mengajak manusia merenung sejenak, suatu hakikat di sebalik sebuah perjalanan kehidupan manusia, dan di sebalik keindahan alam yang menjadi medan perjalanan kehidupan mereka. Ayat ini menyeru ke arah kefahaman yang sebenar tentang hakikat diri manusia dan seluruh alam di sekeliling manusia ini.

Hakikatnya, di sebalik seluruh alam ini, wujud Allah s.w.t., Tuhan yang menciptakan segala sesuatu dan mentadbirkan seluruh alam ini. Dialah Tuhan yang Maha Berkuasa, yang mana, seluruh kewujudan alam ini, merupakan antara bukti kewujudan dan keagunganNya.

Alam yang penuh keindahan, serta sistem cakerawala yang sungguh tertib dan tersusun, menjadi petunjuk kepada kewujudan dan keagungan Allah s.w.t., Tuhan yang menciptakan sekalian alam, termasuklah manusia. Namun, hanya orang-orang yang berakal sahaja, yang mampu merenungkan bahawasanya, seluruh alam ini, merupakan bukti kewujudan dan keagungan Allah s.w.t..

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. (Surah Al-Baqarah: 164)

Dalam ayat ini, Allah s.w.t. menjelaskan bahawa, dalam seluruh kejadian alam ini, ada petanda yang menunjukkan akan kebesaran dan keagungan Allah s.w.t., bagi orang-orang yang mahu memikirkannya dan merenungkannya.

Adapun orang-orang yang leka dengan kepalsuan duniawi, dan sibuk bertuhankan hawa nafsu sendiri, pasti tidak mahu mengerti dan merenungi bahawasanya, di sebalik kejadian alam ini, wujudnya Allah s.w.t. yang merupakan Tuhan yang Menciptakan segala-galanya termasuklah diri mereka sendiri.

Golongan yang cuba mengingkari hakikat bahawasanya di sebalik kewujudan diri mereka, dan di sebalik kewujudan seluruh alam ini, ada Tuhan yang Maha Pencipta, iaitu Allah s.w.t., mereka sebenarnya cuba melawan fitrah diri mereka sendiri yang sememangnya mengakui wujudnya Allah s.w.t di sebalik kehidupan mereka....



Friday, November 26, 2010

s/by 24jam....

27/nov/2010@9.55...lokasi kediaman teratak@berek merehat tubuh badan serta minda bagi menjauhi daripada kesibukan kota raya dipenuhi kelapa sawit kiri dan kanan....
Kemas rumah atau cuci2 semelaysia...aku tengok kereta dah lame  tak dicuci...ermm ...dah macam kereta lembu aku tengok.....
Tiap bulan ada masalah menimpa tentang kereta ni...takpe releks sudah....nampak gaya kalut yang hakikat secebis yang tiada apa-apa berlaku...adat dunia katakan....kadangkala hidup perlu ada stress baru lengkap...
                                     

                                  

Rumah ku,syurga KU.......tenang bila aku tengOk susunan tidak diganjak...
balik keje pun seronok nk lepak....pas tu hilang leeeeeee........................
       




myVI,AD free resort,wira GSR,viVA,Honda feriO,Nissan B13,Toyota SEG??????



Antara salah 1 kereta perlu aku beli...bagi mengantikan kereta kegunaan seharian.....
pendapat korang mana yang terBAIK.....Kalau pendapat aku....nak freeee laaaa...ahaks!!!!!

erti sebuah gambar

majlis perpisahan pergawai dan anggota tempat aku....nak berkumpul macam ni memang susah,sebab sibuk dengan kerja masing-masing...yang aku paling tertarik dengan gambar ni ,sebab snap tak menjadi sory yeee.....
diaowg semua ni lah yang banyak memberi tunjuk ajar serta nasihat dalam menjalankan sesuatu tugas.Kata dilontarkan diotak aku(berfikir sebelum betindak)(jaga kerja)(cekap dalam melakukan tugas dengan teperinci)(berpaut biar satu)...baik seadanya....erti kata  berkerjasama dengan mereka sungguh bernilai sekaliiii..


Bertempat di Anak bukit,Alor Setar tahun lepas....ni geng 1kepala masa kursus fotofit...
sekarang semua beralih ke cawangan lain kecuali aku...yang tidak dapat aku lupa tentang mereka ni.. ialah nilai sikap persahabatan yang ditunjukkan...harmoni betul kursus masa tu...kecoh gilerrrrrr



JANGAN DUSTA KATA-KATA.......


Adakala aku sendirian bagi mencari 1001 erti kehidupan.....
tetapi sikap manusia tetap dusta dalam kata-kata....dusta??????
KALAU KAIL PANJANG SEJENGKAL
LAUT YANG DALAM JANGAN DIDUGA
MULUT MANIS MACAM GULA
HATINYA BUSUK PENUH DUSTA.........

bercerita 1 kata....berlempar aliran FITNAH....

DURI KEHIDUPAN.....

Kemana harus ku jalan...
Membawa seribu makna kesepian...lahirlah sandiwara megasyikkan..
1001 kehidupan penuh pancaroba....hidup manusia...
Lorong2 hitam...penuh corong memanggil...
Nafsu tidak kenal rupa...nafsu tak kenal siapa..
Hidup kesepian dihimpit liku2 kehidupan...
Selagi nyawa dikandung badan..begitu manusia berlimpangan...

Ohh...ohh..ohh....
Kemana harus ku jalan...
Membawa seribu makna kesepian...lahir anak2 kecil belum tahu semuanya...
Jangan dipandang hina...mereka tidak berdosa..
Terimalah mereka seadanya...makhluk tuhan tak kira apa...

                                                             AUSTRIK@LINK
                                                                6/7/10@0845HRS